Thursday 15 November 2018

Program Explorasi Percambahan Ilmu Di Zoo Taiping Pada 15 November 2018


Explorasi Percambahan Ilmu di Zoo Taiping adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Badan Beruniform Pengakap Pendidikan Khas SMK Mak Mandin. Ekplorasi ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Explorasi ini diilhamkan bagi membantu mencapai matlamat dan mengeratkan silaturahim sesama warga pendidikan khas. Diharapkan dengan penglibatan murid dapat meninggalkan suatu impak mendalam selaras bagi melengkapkan Lencana Pemelihara. Matlamat program ini adalah untuk membina motivasi pelajar untuk belajar dengan tekun dan mewujudkan rasa tanggungjawab sosial untuk menjaga dan menghargai keindahan alam semula jadi dan kasihkan binatang






































Majlis Hari Anugerah Kecermelangan dan Graduasi PPKI SMKMM 2018 Pada 14 NOV 2018

Pada 14 November yang lepas satu majlis meraikan murid-murid PPKI SMKMM telah diadakan di Hotel Ixora. Majlis telah di meriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Encik Abu Sopian Pegawai Pendidikan PPDU Pulau Pinang. Turut memeriahkan majlis ialah kehadiran dari pihak pentadbir iaitu Pengetua SMKMM Encik Ahmad Zaki Bin Saad, Penolong Kanan 1, Pn. Tracy Ng, PK Kokurikulum Mr Choo, Pengerusi PIBG En Foo Kean Kong dan Pengerusi Badan Muafakat En Mohamad Azahar Bin Mat Seman.

Semua tetamu sangat gembira apabila semua pulang dengan hadiah cabutan bertuah dan semoga majlis ini akan menambahkan kederdekatan antara warga PPKI ,ibu bapa dan semua pihak.