Sunday 21 October 2018

Peperiksaan Akhir Tahun PPKI SMK Mak Mandin Pada 22-26 Oktober 2018

Bermula pada 22 - 26 Oktober 2018 murid-murid PPKI SMK Mak Mandin telah menempuh satu

perjuangan yakni Peperiksaan Akhir Tahun . Bermula dengan menjawab kertas Bahasa Malaysia pada

22.10.2018 jam 8.30 pagi, pelbagai ragam dan telatah yang melucukan yang dapat kita saksikan.

Selamat menjawab soalan semua. good luck & all the best to all :))










Tuesday 16 October 2018

Hari Keusahawanan SMK Mak Mandin Pada 13 Oktober 2018

SMK Mak Mandin telah mengadakan Hari Keusahawanan atau juga dikenali sebagai Hari Kantin pada 13 Oktober 2018 di Dataran Terbuka sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Mak Mandin En. Ahmad Zaki Bin Saad. Majlis Hari Keusahawanan telah dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari. Majlis pada hari tersebut dibuka kepada orang ramai dan ibu bapa. Semua guru terlibat dalam aktiviti Hari Keusahawanan dengan dibantu oleh para pelajar yang dipilih oleh guru-guru berkenaan.
Antara program yang telah PPKI SMK Mak Mandin jalankan semasa Hari Keusahawanan ialah pesta jualan makanan dan minuman, keropok lekor, makanan ringan dan banyak lagi. Program seumpana ini sangat bagus bagi melatih pelajar dalam urusan jual beli sekaligus meningkatkan keyakinan diri pelajar berhadapan dengan masyarakat. Alhamdulilah semua berjalan lancar.




Wednesday 10 October 2018

Sambutan Hari Lahir Murid Pada 5 Oktober 2018

Sambutan Hari Lahir murid PPKI yang lahir pada bulan September dan Oktober telah diadakan pada

5 Oktober 2018 bertempat di foyer PPKI SMK Mak Mandin. Majlis turut di meriahkan dengan 

kehadiran para pentadbir iaitu perngetua SMK Mak Mandin, Encik Ahmad Zaki Bin Saad, 

Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Ng Peik See, Penolong Kanan Koko, Mr Choo Theam Hooi dan 

Penolong Kanan PPKI En Ahmad Shuib Bin Musa. Selamat Hari Lahir kepada anak2 PPKI SMK

Mak Mandin. Cikgu sayang semua. :))























Tuesday 2 October 2018

Pertandingan Agrofest 2018 @ Seberang Perai Fiesta 26-30 September 2018

PPKI SMK Mak Mandin telah dijemput memeriahkan program Seberang Perai Fiesta 2018 yang telah diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 30 September ini bertempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin berkata, tujuan penganjuran program tersebut adalah untuk mempromosikan bidang pertanian, penternakan serta perikanan.
Program dianjurkan dengan kolaborasi bersama Agrofest Penang, Penang Food Festival dan juga Festival Seni Northsantara Art Wave.
Pelbagai aktiviti menarik daripada hasil produk pertanian, makanan dan hasil seni lukisan akan diadakan selain diserikan dengan persembahan artis tempatan melalui Festival Seni Northsantara Art Wave.
Majlis perasmian program ini pula disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas bermula jam 8.00 malam pada 29 September 2018,
PPKI SMK Mak Mandin telah menyertai Pertandingan petani pelapis Agrofest Fiesta 2018. Dalam pertandingan ini, PPKI SMK Mak Mandin telah berjaya memenangi Anugerah Khas Panel Juri Pertandingan Edible Garden. Tahniah diucapkan kepada semua warga PPKI dan warga SMK Mak Mandin yang terlibat. Tahun depan kalau ada rezeki boleh sertai lagi. Insya Allah :))