Friday 23 February 2018

Terapi Bowling Pada 22 Januari 2018

Terapi Bowling Di Pusat Bowling Megamall, Penang

Terapi bowling telah dijalankan pada 22 Januari 2018, Khamis, jam 9.30 pagi.

Terapi ini bertujuan untuk melatih pergerakkan psikomotor kasar dan halus murid.

Melalui program ini murid boleh membina keyakinan dalam diri murid itu sendiri. Selain itu juga 

program terapi boling ini juga boleh mendidik murid supaya memberi fokus dan perhatian dalam 

melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, untuk membaling bola bowling murid perlu melihat ke arah 

pin bowling dan perlu membaling bola tersebut dengan cara yang betul barulah pin tersebut akan jatuh.

Selain itu, melalui program seperti ini juga ia mampu memantapkan perkembangan fizikal dan 

mampu melembutkan otot dan sendi murid. Selain itu juda ia juga boleh meningkatkan lagi daya 

tahan kardivoskular. Keyakinan murid boleh dipupuk dan segala tindakan perlu dibimbing untuk  rasa 

jati diri murid. Program pembelajaran luar kelas seperti ini memberi pendedahan kepada murid agar 

dapat melihat apa yang berlaku di sekitar mereka. Melalui terapi bowling seperti ini, potensi murid 

dapat dicungkil dari segi fizikal dan kognitif mereka.





images (8)



Majlis Perpisahan Cikgu Norul Hidayah Pada 23 Febuari 2018

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat 

menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, 

pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. 

Hari ini, kita semua akan merasa terharu kerana perpisahan dengan Cikgu Norul Hidayah Bt Megat 

Osman  yang kita amat sayangi dan cintai. Pada saya, Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang 

kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen menyebabkan kita tidak terasa dan 

adakalanya kita tidak perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah 

tempoh perkhidmatan Cikgu Norul Hidayah di SMK Mak Mandin. Sesungguhnya, pemergian beliau 

memberi kesan kepada kita malah menyedihkan kita kerana terpaksa berpisah dengan beliau. Berat 

mata memandang, berat lagi bahu yang  memikul. Begitulah yang kami rasai sekarang ini. Berat 

sungguh bagi kami untuk melepaskan pergi rakan yang kita kasihi ini.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang




Semoga Allah mengganjari kebaikan ke atas usaha murni Cikgu Norul Hidayah sebagaimana sabda Rasulullah:

من دل على خير فله مثل اجر فاعله

“ Barangsiapa menunjukkan seseorang kepada kebaikan, maka dia mendapat ganjaran  

Sebagaimana ganjaran orang yang melakukannya. “ (Riwayat Muslim)


Pada kesempatan ini, saya bagi pihak guru-guru SMK Mak Mandin merakamkan setinggi-tinggi 

ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Norul Hidayah di atas sumbangan 

dan komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di PPKI SMK Mak Mandin. Kita berdoa, 

semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada beliau,

dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan 

bagi manfaat agama, bangsa dan negara













Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu

Salam kemaafan kami hulurkan,
Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan mendapat keberkatan.


Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Norul Hidayah. We gonna miss u :((

Monday 19 February 2018

Selamat Hari Lahir Encik Ahmad Shuib PK PPKI SMK Mak Mandin Pada 20 Febuari 2018

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah Fillah semua..Hari Ini, Selasa, 20 Febuari 2018 merupakan 

hari yang istimewa bagi Boss kami Encik Ahmad Shuib Bin Musa kerana hari ini merupakan hari 

lahir beliau yang ke 46. Alhamdulilah.. Kami warga PPKI SMK Mak Mandin mengucapkan..


SELAMAT HARI LAHIR !!!

❤~ Ya Allah..Abadikan kasih sayangnya,tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu 

yang tidak pernah redup,lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal 

kepada-Mu,hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu,dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. 

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.Aamin...









SELAMAT HARI JADI !!!

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN !!!

Thursday 15 February 2018

Majlis Ringkas Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Pada 14 Feb 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog semua.

Alhamdulilah bersyukur kita kepada Sang Khaliq yang masih membenarkan 

saya mengemaskini blog ini. Alhamdulilah.

Pembaca blog yang budiman, pada akhir hari persekolah yang lepas iaitu

pada 14 Febuari 2018, Rabu jam 12.30 tengahari telah diadakan satu

majlis serba ringkas sempena sambutan Tahun Baru Cina 2018.


Dalam Majlis ini, kami berbesar hati kerana semua murid-murid PPKI 

SMK Mak Mandin telah menerima buah oren daripada PK PPKI 

En Ahmad Shuib manakala Pn Lim Chew Khoon berbesar hati memberikan

angpow kepada semua murid PPKI.

Alhamdulilah, rezeki murid-murid PPKI SMKMM. 


Dikesempatan ini, saya bagi pihak warga PPKI dan pihak SMK Mak Mandin 

ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua 

pembaca blog. Jangan main mercun yea...Bahaya tu...


Baiklah,jumpa lagi di post yang akan datang. Semoga segala kenikmatan

yang dinikmati, di syukuri dan digunakan untuk menjalankan ketaatan kepada 

YANG MAHA ESA. INSYALLAH.

Jaga diri semua, jaga iman. :))

















Saturday 10 February 2018

Merentas Desa SMK Mak Mandin Pada 10 Febuari 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa Khabar?Semoga semua sihat dan berada di bawah perlindungan 
Yang Maha Esa. Pada 10 Febuari 2018, Sabtu, jam 9 pagi telah berlangsung aktiviti merentas desa peringkat sekolah.
Dalam bahang kepanasan matahari pagi, murid-murid memerah tenaga dan mencabar diri dalam acara merentas desa 
peringkat sekolah bagi tahun 2018. Acara dimulakan dengan aksi memanaskan badan dan taklimat keselamatan 
kepada semua murid.
Kebanyakan murid amat teruja pada permulaan. Mereka menunjukkan semangat persaingan yang tinggi dan berusaha 
sedaya mungkin untuk sampai ke garisan penamat.
Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua murid yang telah mengambil bahagian. Banyak perkara 
boleh dipelajari dari aktiviti ini. Bukan sekadar sekeping pingat atau medal. Sebab itulah penting bagi guru-guru dan ibu 
bapa memberi galakan dan peluang kepada semua murid bagi menyertai aktiviti kokurikulum. Pengalaman dan 
pengetahuan yang diperoleh tidak mampu diraih di dalam kelas dan bilik darjah.
Sehingga berjumpa lagi pada tahun depan.In Sya Allah. Jaga diri..jaga iman semua..:))

Pengetua, PK PPKI, guru-guru,PPM, Ibubapa dan Murid-murid bergambar sebelum larian dimulakan :)




Pemenang tempat ke 10 Ahmad Daniel. Catatan masa 24 :05 minit.

Pemenang tempat ke 9 Syed azlan. Catatan masa 23 :22 minit.



Pemenang tempat ke 8 Ji Han. Catatan masa 23 :20 minit.



Pemenang tempat ke 7 Ang Wei Ler. Catatan masa 23 :01 minit.


Pemenang tempat ke 6 Aiman Syakirin. Catatan masa 22 :45 minit.



Pemenang tempat ke 5 Ang Zhi Kai. Catatan masa 22 :39 minit.



Pemenang tempat ke 4 Tan Qing Shen. Catatan masa 22:38 minit.



Pemenang tempat ke 3 Eric Jorsin. Catatan masa 20 :09 minit.


Pemenang tempat ke 2 Aliff Farhan. Catatan masa 19:24 minit.


Johan Merentas Desa 2018 ialah Firdaus Rosli dengan catatan masa 29:23 minit.


Friday 9 February 2018

Terapi Memanah Pada 8 Febuari 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog. Semoga semua sihat dan berada di 

bawah perlindungan Allah.

Pada 8 Febuari 2018, PPKI SMK Mak Mandin telah menjalankan 1 aktiviti terapi memanah. Terapi 

yang sulung yang alhamdulilah berjaya kami jalani dengan izin NYA.

Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun

perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang 

bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.



Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk 

sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat 

sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang 

pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu 

lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: 

“Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku 

bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)





Kebaikan Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body 

balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak 

langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi 

pemanah yang baik.



Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, 

sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Insyallah kami akan istiqomah memanah kerana kebaikan sukan memanah terlalu banyak. Jumpa lagi di 

post yang akan datang. Jaga diri jaga iman semua. Assalamualaikum :))

Wednesday 7 February 2018

Program 3K- Program Pemeriksaan Gigi Pada 6 Febuari 2018


Pasti ramai antara kita masih ingat akan kedatangan van klinik pergigian ke sekolah dan jururawat beruniform putih mengangkut kerusi pergigian mudah alih ke bilik rawatan yang diperuntukkan. Tidak lama kemudian, salah satu jururawat tersebut akan muncul di kelas, memanggil satu persatu ke bilik rawatan untuk pemeriksaan gigi.

Berapa ramai yang pernah berpura-pura perlu ke tandas ketika itu?

Dari perspektif sejarah, khidmat pergigian kerajaan bermula sebagai perkhidmatan pergigian sekolah tidak lama selepas kemerdekaan. Perkhidmatan pergigian kerajaan hari ini telah berkembang merangkumi julat yang lebih luas merangkumi kanak-kanak pra-sekolah, ibu-ibu mengandung, kanak-kanak berkeperluan khas, orang dewasa, dan orang-orang tua. Perkhidmatan pergigian kerajaan di sekolah dicontohi daripada School Dental Service (SDS) di New Zealand yang diasaskan pada tahun 1921. 

SDS dijadikan percuma pada tahun 1945 setelah Jabatan Kesihatan mula membayar balik klinik-klinik pergigian sekolah untuk perbelanjaan operasi mereka. Model SDS yang unik telah diikuti oleh negara-negara lain termasuk Malaysia, Hong Kong, Australia, dan hingga ke takat tertentu, United Kingdom.
Mengapakah program pergigian sekolah penting? Bak pepatah Melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya.” 

Program pergigian sekolah bertujuan untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan mulut optimum dikalangan murid-murid, dan menggalakkan mereka mengambil tanggungjawab untuk kesihatan mulut sendiri. Program ini menyediakan mekanisma sempurna untuk menjalankan inisiatif pencegahan klinikal awal pada kanak-kanak sekolah, dan mendidik mereka dengan pengetahuan yang cukup untuk menyemai amalan penjagaan mulut pada peringkat awal hidup mereka. Sekolah-sekolah juga disediakan dengan kurikulum pendidikan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mulut di luar persekitaran klinik pergigian. 

Rawatan yang disediakan oleh program pergigian sekolah merangkumi penskaleran (scaling), inisiatif pencegahan klinikal dan rawatan pemulihan asas, dan juga pendidikan kesihatan. Menerusi syarahan atau program ceramah, kanak-kanak sekolah akan dilengkapi pengetahuan penting untuk menjaga kebersihan mulut masing-masing di luar klinik pergigian. Harapannya adalah untuk menyemai amalan penjagaan kebersihan mulut yang berterusan sepanjang hayat. Murid-murid sekolah juga diajar secara amali kaedah memberus gigi menerusi Latihan Memberus Gigi (LMG). LMG boleh dijalankan di sekolah setiap hari atau secara mingguan tanpa penyeliaan pegawai kesihatan mulut sebagai sebahagian dari program kesedaran kesihatan.







Perkhidmatan pergigian sekolah juga menyediakan mekanisma efisien untuk inisiatif pencegahan klinikal. Selepas sesi pemeriksaan awal dan diagnosis, sekiranya kanak-kanak tersebut ditentukan berisiko tinggi untuk karies gigi (misalnya terdapat karies pada gigi atau rekahan dalam pada gigi), langkah-langkah pencegahan seperti pengapan fisur boleh dilakukan awal. Pengapan fisur ialah prosedur untuk menampal liang dan rekahan dalam pada gigi yang berkemungkinan untuk memerangkap plak gigi dan seterusnya berlaku karies gigi. Selama pengapan kekal dalam keadaan baik pada gigi, kemungkinan mendapat karies gigi dikurangkan.

Tambahan pula, perkhidmatan pergigian sekolah memberi peluang untuk rawatan pemintasan awal. Lebih awal rawatan dimulakan, lebih baik prognosis untuk pesakit. Contohnya, karies gigi yang dijumpai awal dan dirawat boleh menyelamatkan gigi sepanjang hayat apabila disertai penjagaan kebersihan mulut yang betul. Walaupun perkhidmatan utama kesihatan mulut di sekolah terdiri daripada pegawai-pegawai pergigian dan jururawat yang mengendalikan rawatan pergigian asas, kes-kes kompleks dirujuk kepada doktor pakar untuk tindakan lanjut. 

Rujukan kes-kes kompleks seperti rawatan ortodontik (pendakap gigi) adalah lebih mudah hari ini dengan adanya lebih ramai doktor pakar diseluruh negara.

Kesimpulannya, program pergigian sekolah telah membawa peningkatan besar dalam memperbaik penjagaan kesihatan mulut dikalangan kanak-kanak sekolah di Malaysia. Dengan penubuhan klinik-klinik pergigian sekolah dan inisiatif-inisiatif lain, lebih ramai murid-murid mendapat manfaat daripada rawatan awal oleh pegawai kesihatan mulut. Dengan lebih ramai murid-murid ke sekolah dan sumber yang terhad, program kesihatan mulut di sekolah adalah salah satu cara paling kos efektif untuk menggalakkan amalan penjagaan mulut yang baik sepanjang hayat. Tindakan sistematik di setiap peringkat diperlukan agar anak-anak muda mempunyai kesihatan mulut yang baik dan berkemampuan untuk mengekalkan kualiti hidup sepanjang hayat.


Senyuman untuk saudaramu adalah sedekah :))

Jumpa lagi. In Sya Allah

Monday 5 February 2018

Seuntai Kata Segunung Harapan Daripada Penolong Kanan PPKI SMKMM Yang baru - En Ahmad Shuib Bin Musa





Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Salam Sejahtera semua pembaca blog.
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, kita dapat meneruskan khidmat bakti di sekolah tercinta ini.  Saya mengucapkan Selamat Maju jaya kepada semua warga sekolah dan terutama murid PPKI SMK Mak Mandin. Kepada warga pendidik khususnya, kegemilangan dan kejayaan terus menerangi kehidupan kita semua yang mempunyai amanah besar untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti di sekolah kita. Marilah kita memperbaharui tekad dan menyuntik semangat baru dalam melonjakkan kecemerlangan SMK Mak Mandin pada tahun 2018 dan tahun – tahun yang mendatang.
Sesungguhnya, sekolah adalah nadi utama dalam usaha membangunkan modal insan yang memacu kemajuan negara pada masa hadapan.  Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju amat bergantung kepada keupayaan warga sekolah terutamanya para pendidik yan berpengetahuan kelas pertama , berketrampilan  dan berdaya saing yang sihat bagi melakar pembangunan modal insan dalam kalangan pelajar SMK Mak Mandin berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Para pendidik harus mempunyai hala tuju yang jelas dan mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme agar mampu memberi impak yang tinggi terhadap kecemerlangan anak didik yang dikasihi dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dalam menghadapi persaingan pada peringkat global kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh warga sekolah. Oleh itu, setiap warga pendidik perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta melipatgandakan usaha bagi melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif dan inovatif untuk mengisi keperluan masa kini dan masa hadapan.  Usaha murni yang berterusan oleh warga pendidik dalam melahirkan modal insan yang dihasratkan akan berupaya meningkatkan daya saing negara, melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan sekaligus menjadikan negara sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.
Bagi memastikan kelangsungan pembangunan pendidikan , Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) dilaksanakan.   Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Pelan ini berhasrat mencapai 5 keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan. Lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia ialah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Justeru, PPPM juga telah menyusun transformasi yang dilaksanakan dalam tiga gelombang. Gelombang pertama memberi sokongan kepada para pendidik, gelombang kedua mempercepat peningkatan kemajuan sistem, dan gelombang 3 ialah beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. Oleh itu, sebagai pendidik kita hendaklah menerima transformasi ini dengan minda  yang terbuka dan melaksanakannya bagi mencapai visi yang dihasratkan.
Pengajaran yang berkesan melibatkan proses memindahkan ilmu oleh guru di samping memperkembang potensi pelajar. Bagi pelajar, pembelajaran merupakan suatu proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan.  Dalam hal ini pengintegrasian ICT dalam P&P memberi kesan berganda kepada pelajar-pelajar bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.  E-mail, e-pembelajaran, sidang video dan pelbagai inovasi teknologi membolehkan pelajar mendapat maklumat dalam masa yang singkat. Dalam era globalisasi, warga sekolah perlu melengkapkan diri dengan maklumat terkini supaya dapat  bertindak balas terhadap pembangunan teknologi baru.
Saya juga berharap supaya dapat merealisasikan kepimpinan instruksional yang berkesan di sekolah ini dengan melaksanakan perancangan strategik secara menyeluruh, pengurusan kurikulum yang sempurna, menjalankan sistem penilaian dan pentaksiran yang konstruktif serta membudayakan perkembangan profesionalisme secara berterusan. Melalui program dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun diharapkan PPKI SMK Mak Mandin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah – sekolah yang cemerlang yang lain.
 Kejayaan mengamalkan budaya kerja cemerlang bukan sahaja dapat melahirkan golongan pendidik dan pelajar yang berdedikasi tetapi juga memberi impak yang besar kepada ‘output’ dan ‘outcome’ hasil daripada amalan budaya tersebut. Seluruh warga sekolah mengamalkan Budaya Kerja Kelas Pertama dengan mengamalkan 7 prinsip utama iaitu pantas dan positif, empati, relevan, daya saing, amanah, adil dan integriti, nilai tambah dan kelainan serta arif dan berilmu. Diharapkan generasi yang dihasilkan kelak adalah golongan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi merangkumi semua  aspek kehidupan sebagaimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Akhir kata,  setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dan warga sekolah serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan  sumbangan  kepada saya . Segala usaha murni ini perlu  diteruskan lagi agar mencapai kejayaan yang lebih cemerlang seterusnya dapat menyumbang bakti pula kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat hendaklah dijadikan amalan dalam merealisasikan budaya kerja cemerlang. Semoga segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dirahmati Allah.

“TUGAS ITU AMANAH, KERJA ITU IBADAH”

Sekian, terima kasih.
Encik Ahmad Shuib Bin Musa
Penolong Kanan Pendidikan Khas SMKMM