Sunday 29 July 2018

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Mak Mandin 2018


Pada hari Sabtu, 28 Julai 2018, SMK Mak Mandin telah mengadakan Majlis Anugerah 

Kecemerlangan Sekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk 

memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah.         

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang 

cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Penganugerahan ini diharapkan dapat 

memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.          

Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan nasyid murid-murid PPKI SMK Mak Mandin. 

Kumpulan Nasyid PPKI ini telah mendendangkan sebuah lagu yang bertajuk Rasullulah Junjungan 

Mulia. Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam 

akademik berdasarkan keputusan peperiksaan. Murid-murid yang cemerlang serta aktif dalam 

bidang kokurikulum turut diberikan anugerah.          

Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih 

cemerlang pada masa akan datang. Insya Allah :)
















x

Program Rakan Alam Sekitar Pengakap Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018 Pada 21 Julai 2018


Nama Program : Program Rakan Alam Sekitar Pengakap 

Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang

Tarikh : 21 Julai 2018

Masa : 7.30 pagi - 3.30 petang

Tempat : Farm Balik Pulau

Objektif : 1)  Memberi kesedaran alam sekitar kepada ahli-ahli pengakap khas.

                 2) Menanam rasa tanggungjawab untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam  
                     
                      menjaga  alam sekitar yang di kongsi bersama.









Terapi Boling Pada 19 Julai 2018 - Khamis

Terapi boling pada kali pertama bulan Julai 2018 (Khamis ) 2018 telah

berjaya di jalankan di Pasific Bowl, Megamall Perai. Terapi ini turut di hadiri oleh ibu bapa

dan murid-murid PPKI sangat gembira dan teruja dengan permainan boling ini. Alhamdulilah :))








Sunday 15 July 2018

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PPD Utara


12 Julai 2018 (Khamis) Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat PPDUtara Pulau Pinang telah berlangsung 
dengan jayanya seperti saban tahun. Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Mandin tidak ketinggalan untuk 
menghantar wakil seramai 11 orang bagi  mewakili sekolah dalam setiap acara yang dipertandingkan iaitu ; 
Nasyid, Tahfiz  Al-Quran dan Syarahan Agama. Kesemua peserta pulang dengan tersenyum lebar apabila 
berjaya mendominasi keseluruhan acara dipertandingkan. Antara keputusan pertandingannya adalah seperti 
berikut:
Syarahan Agama (Perempuan) - Nur Amelia Haris - Naib Johan
Syarahan Agama (Lelaki) - Ahmad Daniel - Tempat ke-4
Nasyid Sekolah Menengah - Naib Johan
Hafazan Al-Quran -Nur Farissha Husein - Johan
Alhamduliah semua sudah selesai. Tahniah kepada murid yang menang. Diharapkan agar kejayaan terus 
mengiringi peserta dari SMK Mak Mandin. Insya Allah.









Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Lahir Murid PPKI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman.

Pada 4 Julai 2018 (Rabu) Majlis merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri 

yang melibatkan seluruh warga sekolah, Alhamdulilah telah di laksanakan.

Walaupun diadakan pada skala yang sederhana berbanding majlis yang sama pada tahun 

sebelumnya, kemeriahannya tetap terasa dan objektif utamanya telah tercapai iaitu untuk 

merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah dengan PPD Utara dan 

sekolah-sekolah lain. Aktiviti ini juga merupakan salah satu dari aktiviti yang disyorkan di 

dalam Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diadakan di 

sekolah yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah 

khususnya dalam kalangan murid. Penganjuran aktiviti ini juga bagi menepati Aspirasi ke-4 

Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan 

Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang memberi penekanan kepada aspek 

perpaduan dalam kalangan murid.

Selain daripada sambutan perayaan Aidilfitri, sambutan Hari Lahir murid PPKI yang lahir 

pada bulan April-Jun juga turut diadakan. Murid -murid sangat gembira apabila menerima 

hadiah daripada pihak sekolah. Jutaan terima kasih di ucapakan kepada Pegawai PPD 

Utara yang hadir iaitu Encik Ahmad Sofian dan rakannya.Semoga Majlis yang telah 

diadakan mendapat Rahmat dan diberkati oleh Sang Khaliq. Hanya amal kebaikan yang 

kita adakan akan kita bawa sebagai bekalan setelah kematian menjengah kelak. Berjumpa 

lagi di post yang akan datang semua..Jaga diri, jaga kesihatan jaga iman semua :)))