Sunday 12 August 2018

Perkhemahan Pengakap PPKI Pada 11.8.2018

11 Ogos 2018 - Sabtu

Perkhemahan selama sehari ini telah diadakan di SMK Mak Mandin. Perkhemahan ini telah disertai 

oleh semua murid PPKI SMK Mak Mandin.


ANTARA AKTIVITI  SEPANJANG PERKHEMAHAN IALAH...

Mendirikan khemah

Persetiaan pengakap, Undang-undang Pengakap

Isyarat pengakap

Nyanyian lagu-lagu Pengakap, tepukan pengakap

Pertandingan memasang khemah

Aktiviti memasak

Majlis penutup


Semoga penyertaan murid-murid dalam perkhemahan pengakap ini dapat melatih diri mereka 

tentang daya kepimpinan, memupuk sikap bekerjasama, meningkatkan keyakinan diri dan 

sebagainya. Moga ia dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang sangat berharga buat 

mereka.











Terapi Memanah Pada 9.8.2018

AKIVITI TERAPI MEMANAH

NAMA     :  AKTIVITI TERAPI MEMANAH
TARIKH   : 9 OGOS 2018
TEMPAT  : DEWAN TERBUKA SMK MAK MANDIN





Terapi Berkuda Pada 2.8.2018


Terapi Berkuda Dalam Pendidikan Khas

Murid-murid bermasalah pembelajaran ialah murid yang mempunyai kekurangan dan ketidakupayaan dari segi mental, emosi, sosial dan fizikal.

Mereka tidak mempunyai berkebolehan untuk mengikuti pelajaran secara normal seperti murid lain.

Oleh yang demikian, pelaksanaan kurikulum pendidikan khas membolehkan guru-guru mengubahsuai teknik pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat Pendidikan Khas.


Usaha ini dapat memastikan murid-murid terlibat secara aktif serta membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan.

Salah satu daripadanya ialah melalui terapi fizikal. Sejajar dengan inilah maka terapi berkuda dipilih bagi memberi pengalaman bermanfaat agar guru lebih berkeyakinan dan berkemahiran apabila berhadapan dengan murid-murid pendidikan khas ini.

Justeru itu, murid-murid pendidikan khas juga lebih berkeyakinan disamping menambahbaikan pergerakan motor kasar, motor halus dan perkembangan kecergasan fizikal bagi menambah kemahiran kehidupan seharian.


Berkuda adalah salah satu daripada aktiviti yang sangat menyeronokkan. Seringkali aktiviti ini dianggap sebagai aktiviti dikalangan golongan elit sahaja.

Justeru itu tidak ramai yang mengetahui bahawa aktiviti ini juga telah dijadikan sebagai aktiviti terapi bagi kanak-kanak istimewa sebagaimana yang dilaksanakan oleh Riding For The Disable Malaysia (RDAM).


Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan kepada pelbagai peringkat usia.Terapi berkuda ini mempunyai teknik-teknik khusus yang perlu diketahui oleh setiap Jurulatih dan pembantunya agar keselamatan Kanak-kanak istimewa berkenaan terjamin.

Secara umumnya keistimewaan terapi berkuda ini ialah ianya berkesan untuk kesihatan dan dapat membantu membina kekuatan otot dengan syarat ianya dilakukan secara berterusan oleh kanak-kanak istimewa berkenaan.

Meningkatkan motivasi murid,meningkatkan semangat,penampilan diri, membenarkan perasaan berdikari,merasakan pencapaian Individu dan merasakan keupayaan untuk mengawal keadaan.

Memperbaiki pengawalan kepala,memperbaiki mempertingkatkan kelenturan(Kepelbagaian pergerakan),memperbaiki koordinasi dan keseimbangan Menunggang kuda mula dijadikan kaedah rawatan sejak 1875 bagi pesakit yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, termasuk gangguan neurologi, sakit sendi, hilang keupayaan bergerak dan mengimbangi diri.