Tuesday 18 September 2018

Ujian Pendengaran Pada 18 Sept 2018

Masalah pendengaran adalah kecacatan saraf yang paling kerap berlaku dalam kalangan manusia dan 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan kira-kira 360 juta orang di seluruh dunia mengalami 
kehilangan pendengaran.
Kehilangan pendengaran berlaku sama ada sejak dilahirkan, jangkitan dalam kandungan atau 
komplikasi ketika dilahirkan, jangkitan virus, kesan sampingan ubatan, terdedah kepada bunyi bising  
berlebihan dan penuaan.
Mereka yang mengalami masalah dibantu dengan alat pendengaran, implan koklea, bahasa isyarat dan 
sokongan sosial walaupun sebahagian daripada punca masalah itu boleh dielakkan.Daripada 
keseluruhan jumlah direkodkan, kira-kira 36 juta orang adalah kanak-kanak apabila tahap kehilangan 
pendengaran mereka dicatatkan lebih 30 desibel (dB). Walaupun ukuran kekuatan bunyi bagi kanak-
kanak itu masih dalam kategori ringan, rawatan wajar perlu dilakukan bagi mengelak komplikasi akibat 
masalah pendengaran.
Oleh yang demikian, PPKI SMK Mak Mandin telah memanggil pakar audiologi dari Sungai Petani bagi 
menjalankan ujian pendengaran di kalangan murid PPKI SMK Mak Mandin dan warga sekolah. 









Wednesday 5 September 2018

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-61 dan Minggu Pendidikan Khas

   Hari kebangsaam negara kita disambut dengan meriah pada setiap tahun sebagai tanda negara ini sudah bebas daripada belenggu penjajahan selain menghargai jasa dan pengorbanan golongan yang merintis jalan kemerdekaannya . Semangat patriotik dapat disemai dan disuburkan dalam jiwa rakyat menerusi sambutan tersebut . Lazimnya , di sekolah yang diadakan bersempena sambutan hari kebangsaan . 

Pelbagai cara dilakukan untuk menterjemahkan semangat kemerdekaan dan menzahirkan kecintaan terhadap negara.

Ada yang memilih menghiasi kediaman, premis dan kenderaan mereka dengan Jalur Gemilang bagi menggambarkan semangat mereka untuk bersama-sama meraikan kemerdekaan negara.

Bagi murid-murid PPKI SMK Mak Mandin. pelbagai aktiviti kemerdekaan seperti kuiz kemerdekaan, nyanyian Lagu Patriotisme, kraftangan Kreatif menjadi perantara untuk membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan mereka.

 Untuk mewujudkan persefahaman dan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat , aktiviti hari kebangsaan ini hendaklah dititikberatkan sejak di bangku sekolah ; langkah ini menepati saranan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya . Kerjasama dan persefahaman yang wujud itu akan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan . 


                    Ceramah perkongsian ilmu daripada doktor Annamalar a/p Anthonysamy





                              Ibu bapa yang datang memberikan sokongan sempena majlis penutup Bulan       
                                                    kemerdekaan dan Minggu Pendidikan Khas.


             Penolong-penolong kanan PPKI dari pelbagai sekolah daerah utara turut serta dalam majlis
                                                                                ini.Alhamdulilah