Wednesday 31 January 2018

Puan Fatimah Dalam Kenangan 26 Jan 2018

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.

Perpindahan keluar Puan Fatimah adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Namun realitinya, setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi ataupun kita benci.

Kita tidak pernah mengharapkan semua peristiwa seumpama itu berlaku dalam sebuah kehidupan. Namun seperti yang saya nyatakan diatas, kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah alam, fitrah kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-orang yang pergi; yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan sebagai insan.

Sepanjang Puan Fatimah berkhidmat ini iaitu selama 5 tahun iaitu bermula dari tahun 2013 sehingga ke saat ini kami amat menghargai segala jasa baik, kerjasama & kasih sayang yang telah diberikan oleh Puan Fatimah. Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman bersama beliau akan sentiasa subur dalam ingatan kami.

Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Fatimah di atas tunjuk ajar dan semangat yang diberikan semasa beliau bertugas sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas di PPKI SMK Mak Mandin.

Kami warga PPKI dan seluruh warga Sekolah SMK Mak Mandin ingin mengambil kesempatan yang terluang ini, menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada Puan Fatimah diatas segala kesilapan dan kesalahan yang telah kami lakukan.

Buat akhirnya terimalah rangkap sajak khas ditujukan untuk Puan Fatimahsam,

Sudah adat bertemu,
Tentu ada perpisahannya
Sudah adat berjumpa,
Tentu ada nokhtah perhentiannya

Kalau diturutkan hati
Tentu tak mahu melepaskan diri mu untuk pergi
Tapi apakan daya…..
Sudah tersurat dari ilahi

Pertemuan kita hanya setakat ini…
Oleh itu janganlah ianya diratapi….
Apa yang lebih penting…
Hubungan  sillaturahim akan terus kekal abadi.


Jumpa lagi Puan Fatimah.We Love Youuuu :)))




Thumb out terakhir Puan Fatimah..:((


 Puan Fatimah bersama guru-guru dan PPM PPKI SMK Mak Mandin


Puan Fatimah bersalam salaman bersama murid  PPKI


Nyanyian lagu perpisahan buat Puan Fatimah


Friday 26 January 2018

Koleksi Kenangan Hari Jaya Waris PPKI SMK Mak Mandin 2018













Hari Jaya Waris PPKI SMK Mak Mandin Pada 25 Jan 2018

Assalamualaikum n hello semua :))

Hari Jaya Waris PPKI SMK Mak Mandin dan Bacaan RPI 2017 telah diadakan pada 25 Jan 2018, Khamis Jam 8.00 pagi.

Semua ibubapa hadir bagi menerima laporan RPI anak masing-masing. Disamping itu Hari jaya waris turut diadakan. Seperti tahun-tahun yang sudah, Hari Jaya Waris diadakan bertujaaan membentangkan laporan aktiviti dan pembelanjaan tahun 2017.

AJK Badan Muafakat baru bagi tahun 2018 telah dilantik. Semoga dengan perlantikan ini, PPKI SMK Mak Mandin akan terus cemerlang dan gemilang dipersada dunia pendidikan. Amiinn :))



Penyerahan Laporan RPI 2017


























AJK Baru Badan Muafakat 2018





Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Pertanian Pada 24 Jan 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog PPKI SMK Mak Mandin :)) Diharap semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dibawah Rahmat dan Perlindungan Allah.


Kami di SMK Mak Mandin...Alhamdulilah sihat. Namun baru-baru ini sekolah kami telah mengalami bencana banjir. Jadi kami semua sibuk dengan kerja-kerja pembersihan kawasan sekolah.


Baiklah, dalam keadaan masih kepenatan setelah membersihkan kawasan sekolah, kami telah didatangi satu berita gembira daripada Pihak Jabatan Pertanian Daerah Utara. Pihak Jabatan Pertanian Pulau Pinang Daerah Utara telah bersetuju memberikan sumbangan peralatan pertanian bagi kegunaan PDPC PPKI SMK Mak Mandin. Alhamdulilah :))


Pihak Jabatan Pertanian juga bukan sekadar datang dengan sumbangan malah mereka berbesar hati menurunkan ilmu bidang pertanian mengenai tanaman komersil kepada warga PPKI dan Pentadbir SMK Mak Mandin. Kami di ajar cara menanam sawi, bayam, kangkung dan pelbagai lagi ilmu yang telah dikongsi oleh pihak Jabatan Pertanian.

Jutaan terima kasih kepada En Mohd Shahizi dan rakan-rakannya kerana sudi menyumbang peralatan pertanian kepada kami.

Semoga dengan ilmu yang dikongsi dapat sama-sama kita manfaatkan untuk kegunaan dunia akhirat. Aminn. :))












































Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan Ketua Kelas 2018 pada 12 Jan 2018

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah , Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah di adakan pada Jumaat, 12 Januari 2018 jam 8.30 pagi.

Majlis ini diadakan bertujaan bagi membentuk keperibadiaan murid ke arah yang lebih baik dan memberi penghargaan terhadap sifat kepimpinan mereka.

Senarai Murid yang di lantik sebagai Pengawas Sekolah;

1. Law Yu Ying

2. Nuramelia Haris Bt Roslan

3. Mohamad Ruzairil Hakimi

4. Mohammad Alif Farhan

5.Ahmad Daniel Akmar

6. Joyce A/P  Agnius Peter













Senarai Murid yang di lantik sebagai Pengawas SPBT;

1. Mohd Asrul Amir

2. Goo Chun Wei

3. Wan Suhaidi Wan Izlan

4. Rabiatul Adawiyah

5.Noor Razanah Ahmad
















Senarai Murid yang di lantik sebagai Pengawas PSS;

1. Dekson Lim Yi Sen

2. Tan Jun Jie

3. Yap Chai Hui

4. Teoh Ru Er

5.Mohamad Firdaus Rosli

6. Teoh Ze Ming
















Senarai Murid yang di lantik sebagai Ketua Dan Penolong Ketua Kelas;

  Kelas                    Ketua Kelas                      Penolong Ketua Kelas

KSSM 2                 Ng Zhi Hang                      Syed Azlan Hussain

KSSM 1                 Lau Kah Yik                      Chew Min Hwa

PK Usaha              Wayne Le Shu Pei              Oii Rou Ji

PK Maju               Lam Kai Yong                      Ang Wei Le

PK Jaya                  Muhd Aliff                         Lee Qi Zheng

PK Cekal                Yovindran                          Yeoh Hooi Jing

PK Gigih              Chan Wei Quan                   Ang Chun Hua

PK Rajin               Nq Qi Yun                            Lee Shao Yi



































Selamat menjalankan tugas semua :))