Terapi Bowling Di Pusat Bowling Megamall, Penang
Terapi bowling telah dijalankan pada 22 Januari 2018, Khamis, jam 9.30 pagi.
Terapi ini bertujuan untuk melatih pergerakkan psikomotor kasar dan halus murid.
Melalui program ini murid boleh membina keyakinan dalam diri murid itu sendiri. Selain itu juga
program terapi boling ini juga boleh mendidik murid supaya memberi fokus dan perhatian dalam
melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, untuk membaling bola bowling murid perlu melihat ke arah
pin bowling dan perlu membaling bola tersebut dengan cara yang betul barulah pin tersebut akan jatuh.
Selain itu, melalui program seperti ini juga ia mampu memantapkan perkembangan fizikal dan
mampu melembutkan otot dan sendi murid. Selain itu juda ia juga boleh meningkatkan lagi daya
tahan kardivoskular. Keyakinan murid boleh dipupuk dan segala tindakan perlu dibimbing untuk rasa
jati diri murid. Program pembelajaran luar kelas seperti ini memberi pendedahan kepada murid agar
dapat melihat apa yang berlaku di sekitar mereka. Melalui terapi bowling seperti ini, potensi murid
dapat dicungkil dari segi fizikal dan kognitif mereka.
No comments:
Post a Comment