menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama,
pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan.
Hari ini, kita semua akan merasa terharu kerana perpisahan dengan Cikgu Norul Hidayah Bt Megat
Osman yang kita amat sayangi dan cintai. Pada saya, Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang
kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen menyebabkan kita tidak terasa dan
adakalanya kita tidak perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah
tempoh perkhidmatan Cikgu Norul Hidayah di SMK Mak Mandin. Sesungguhnya, pemergian beliau
memberi kesan kepada kita malah menyedihkan kita kerana terpaksa berpisah dengan beliau. Berat
mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang kami rasai sekarang ini. Berat
sungguh bagi kami untuk melepaskan pergi rakan yang kita kasihi ini.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Semoga Allah mengganjari kebaikan ke atas usaha murni Cikgu Norul Hidayah sebagaimana sabda Rasulullah:
من دل على خير فله مثل اجر فاعله
“ Barangsiapa menunjukkan seseorang kepada kebaikan, maka dia mendapat ganjaran
Sebagaimana ganjaran orang yang melakukannya. “ (Riwayat Muslim)
Pada kesempatan ini, saya bagi pihak guru-guru SMK Mak Mandin merakamkan setinggi-tinggi
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Norul Hidayah di atas sumbangan
dan komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di PPKI SMK Mak Mandin. Kita berdoa,
semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada beliau,
dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan
bagi manfaat agama, bangsa dan negara
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu
Salam kemaafan kami hulurkan,
Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan mendapat keberkatan.
Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Norul Hidayah. We gonna miss u :((
No comments:
Post a Comment