Monday, 12 March 2018

Terapi Renang Pada, Khamis- 8 Mac 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog yang budiman. Apa Khabar semua?


Terapi Renang atau dikenali sebagai Terapi Air boleh membantu dalam perkembangan koordinasai otot tangan dan kaki serta sistem pernafasan murid-murid khas. Ini kerana melalui aktiviti berenang,murid-murid khas ini perlu menggerakkan anggota badan mereka untuk membolehkan bergerakkan dalam air. 

Melalui aktiviti ini juga ia boleh membantu dalam meningkatkan sistem kognitif. Di mana dengan berenang, murid berkeperluan khas perlu menggerakkan beberapa anggota badan atau sistem pernafasan dalam satu masa. Contohnya, kita perlu menggerakkan tangan dan kaki kita untuk membolehkan kita bergerak atau berjalan di atas air. Dengan latihan renang yang berterusan, murid khas berupaya meselarikan keseimbangan gerakkan anggota badan dan sistem pernafasan untuk berada dalam keadan "stabil". 

Aktiviti renang juga membantu dalam relaksasi diri. Air dikatakan merupakan salah satu bahan terapi yang baik untuk relaksasi atau ketenangan emosi/diri seseorang. Kaedah ini mungkin dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran pengawalan emosi. Untuk murid-murid yang tidak suka air, aktiviti renang boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Aktiviti/latihan boleh dilakukan di atas "daratan" sebelum secara perlahan-lahan murid itu dibawa ke dalam air. 

Melalui aktiviti berenang juga dikatakan mampu membina yakin diri. Memberi peluang murid-murid khas ini melakukan seperti mana rakan mereka yang lain sebenarnya mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Selain itu, inilah peluang mereka untuk mengenal dunia luar dan mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka samada sesama rakan, guru mahupun dengan orang sekitar kolam renang. Kalaupun murid-murid ini belum mampu berinteraksi dengan orang lain, sekurang-kurangnya mereka memahami arahan/instruksi visual yang disampaikan oleh instruktor. 

Alhamdulilah kami di PPKI SMK Mak Mandin telah berjaya melaksankan aktiviti terapi ini dengan izin NYA. Semoga aktiviti ini dapat memberikan manfaat dan meningkatkan keyakinan diri murid-murid untuk berhadapan dengan masyarakat di luar sana. In Sya Allah.









No comments:

Post a Comment