Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.
Perpindahan keluar Puan Fatimah adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Namun realitinya, setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi ataupun kita benci.
Kita tidak pernah mengharapkan semua peristiwa seumpama itu berlaku dalam sebuah kehidupan. Namun seperti yang saya nyatakan diatas, kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah alam, fitrah kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-orang yang pergi; yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan sebagai insan.
Sepanjang Puan Fatimah berkhidmat ini iaitu selama 5 tahun iaitu bermula dari tahun 2013 sehingga ke saat ini kami amat menghargai segala jasa baik, kerjasama & kasih sayang yang telah diberikan oleh Puan Fatimah. Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman bersama beliau akan sentiasa subur dalam ingatan kami.
Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Fatimah di atas tunjuk ajar dan semangat yang diberikan semasa beliau bertugas sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas di PPKI SMK Mak Mandin.
Kami warga PPKI dan seluruh warga Sekolah SMK Mak Mandin ingin mengambil kesempatan yang terluang ini, menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada Puan Fatimah diatas segala kesilapan dan kesalahan yang telah kami lakukan.
Buat akhirnya terimalah rangkap sajak khas ditujukan untuk Puan Fatimahsam,
Sudah adat bertemu,
Tentu ada perpisahannya
Sudah adat berjumpa,
Tentu ada nokhtah perhentiannya
Kalau diturutkan hati
Tentu tak mahu melepaskan diri mu untuk pergi
Tapi apakan daya…..
Sudah tersurat dari ilahi
Pertemuan kita hanya setakat ini…
Oleh itu janganlah ianya diratapi….
Apa yang lebih penting…
Hubungan sillaturahim akan terus kekal abadi.
Jumpa lagi Puan Fatimah.We Love Youuuu :)))
No comments:
Post a Comment