Program Orientasi PPKI SMK Mak Mandin telah dilaksanakan bermula 8-12 Januari 2018 bertempat di SMK Mak Mandin. Seramai 56 murid PPKI telah mengikuti program orientasi ini. Tujuaan utama program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid membiasakan diri dengan persekitaran sekolah, murid dibawa mengelilingi sekitar sekolah seperti ke tandas, kantin dan dataran perhimpunan.
Program tersebut yang bermula sejak pukul 8.30 pagi dimana murid dibawa memasuki bilik darjah masing-masing untuk aktiviti suai kenal murid dengan guru, guru mata pelajaran dan pendedahan awal murid ke kantin pada waktu rehat.
Semasa murid mengikuti aktiviti tersebut, ibu bapa dan penjaga diberi taklimat berkaitan urusan persekolahan yang disampaikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas Pn Che Fatimahsam Bt Taib. Murid juga diperkenalkan dengan peraturan sekolah, etika pakaian dan jadual waktu persekolahan sesi 2018.
Pihak PPKI SMK Mak Mandin berharap agar murid bersemangat menempuh alam persekolah dan selamat maju jaya semua :))
No comments:
Post a Comment