Thursday, 15 November 2018

Program Explorasi Percambahan Ilmu Di Zoo Taiping Pada 15 November 2018


Explorasi Percambahan Ilmu di Zoo Taiping adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Badan Beruniform Pengakap Pendidikan Khas SMK Mak Mandin. Ekplorasi ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Explorasi ini diilhamkan bagi membantu mencapai matlamat dan mengeratkan silaturahim sesama warga pendidikan khas. Diharapkan dengan penglibatan murid dapat meninggalkan suatu impak mendalam selaras bagi melengkapkan Lencana Pemelihara. Matlamat program ini adalah untuk membina motivasi pelajar untuk belajar dengan tekun dan mewujudkan rasa tanggungjawab sosial untuk menjaga dan menghargai keindahan alam semula jadi dan kasihkan binatang






































No comments:

Post a Comment