SMK Mak Mandin telah mengadakan Hari Keusahawanan atau juga dikenali sebagai Hari Kantin pada 13 Oktober 2018 di Dataran Terbuka sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Mak Mandin En. Ahmad Zaki Bin Saad. Majlis Hari Keusahawanan telah dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari. Majlis pada hari tersebut dibuka kepada orang ramai dan ibu bapa. Semua guru terlibat dalam aktiviti Hari Keusahawanan dengan dibantu oleh para pelajar yang dipilih oleh guru-guru berkenaan.
Antara program yang telah PPKI SMK Mak Mandin jalankan semasa Hari Keusahawanan ialah pesta jualan makanan dan minuman, keropok lekor, makanan ringan dan banyak lagi. Program seumpana ini sangat bagus bagi melatih pelajar dalam urusan jual beli sekaligus meningkatkan keyakinan diri pelajar berhadapan dengan masyarakat. Alhamdulilah semua berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment