12 Julai 2018 (Khamis) Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat PPDUtara Pulau Pinang telah berlangsung
dengan jayanya seperti saban tahun. Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Mandin tidak ketinggalan untuk
menghantar wakil seramai 11 orang bagi mewakili sekolah dalam setiap acara yang dipertandingkan iaitu ;
Nasyid, Tahfiz Al-Quran dan Syarahan Agama. Kesemua peserta pulang dengan tersenyum lebar apabila
berjaya mendominasi keseluruhan acara dipertandingkan. Antara keputusan pertandingannya adalah seperti
berikut:
Syarahan Agama (Perempuan) - Nur Amelia Haris - Naib Johan
Syarahan Agama (Lelaki) - Ahmad Daniel - Tempat ke-4
Nasyid Sekolah Menengah - Naib Johan
Hafazan Al-Quran -Nur Farissha Husein - Johan
Alhamduliah semua sudah selesai. Tahniah kepada murid yang menang. Diharapkan agar kejayaan terus
mengiringi peserta dari SMK Mak Mandin. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment