Sunday, 27 May 2018

Program Anyaman Dari Bahan Terbuang Pada 23 Mei 2018


Kemahiran Menganyam Bakul daripada bahan terbuang merupakan salah satu aktiviti yang boleh 

menjana pendapatan. 

Justeru, baru-baru ini, PPKI SMK Mak Mandin telah menjemput Caring Community House (CCH) Pulau Pinang

bagi memberi latihan kemahiran tersebut kepada para warga PPKI SMKMM. Tujuan utama program ini 

diadakan adalah untuk memberikan kemahiran kepada warga PPKI  mengenai pembuatan anyaman 

bakul daripada bahan terbuang. Hasil daripada program ini para peserta dapat mempelajari satu ilmu 

baru tentang pembuatan kraftangan yang boleh memberikan pulangan yang tinggi kerana 

penghasilannya hanya menggunakan kertas surat khabar lama dan lidi sebagai elemen utama. Program 

kemahiran sebegini seharusnya dijalankan sekerap mungkin bagi menajamkan lagi kepakaran dan 

menggilap kebolehan yang mereka miliki demi mencapai matlamat untuk memajukan diri dan keluarga 

menerusi pendekatan kerjaya.










No comments:

Post a Comment