Perasmian Projek Fertigasi menggunakan kawalan dan pemantauan secara automatik dengan kerjasama daripada pihak Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan PPKI SMK Mak Mandin telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Khas PPD Utara Encik Ahmad Shuib Bin Musa.
Dalam projek ini, pihak Uniten yang diketuai oleh Prof. Madya Dr Mohd Azree Bin Idris telah menyumbangkan peralatan dan alat kelengkapan fertigasi bernilai RM 20,000.